BACK TO JOURNAL

PR JUGA ADALAH BIDANG SENI?

14.04.15 / Posted by jirehconsult

Bidang Perhubungan Awam atau lebih dikenali sebagai Public Relations (PR) tidak mudah yang disangkakan. Seorang PR yang bagus mestilah mengendalikan sesebuah situasi dengan bijak dan know how to control the damage, apabila berlaku situasi yang tidak diingini.

Baru-baru ini Susu Manis bertemu dengan rakan-rakan media untuk makan malam. Ini adalah menjadi suatu tradisi Susu Manis untuk menjaga hubungan baik dengan mereka. Seperti biasa kami akan berborak berjam-jam tidak ingat waktu. Dalam perbualan tersebut, tiba-tiba seorang rakan media Susu Manis berkongsi cerita suatu kejadian yang berlaku dengan PR daripada agensi yang lain.

Beliau sebenarnya tidak dapat menghadiri sebuah majlis seperti yang dijanjikan kerana pakcik beliau telah meninggal dunia pada hari yang sama. As a courtesy, rakan Susu Manis menelefon agensi tersebut untuk memberitahu yang beliau tidak dapat hadir. Tetapi malangnya respon yang diberi oleh pegawai PR tersebut kurang menyenangkan hati, malahan pegawai itu memarahi rakan media kerana dikatakan memungkiri janji!

Apabila Susu Manis mendengar cerita rakan media ini, Susu Manis menjadi tidak puas hati, malu dan tertanya-tanya mengapa pegawai PR tersebut sanggup melayan rakan media sebegitu rupa. Tidak susah mana untuk mengatakan, “I’m so sorry for your loss. Don’t worry about the event. Hope all is well with your family. Take care.”

Ya, PR bukan hanya setakat tulis press release, speech dan sebagainya tetapi perlu tahu juga melakarkan ayat-ayat yang sedap didengari oleh pelbagai pihak.

TETAPI MESTI INGAT!

Mestilah secara professional dan bukan jadi pegawai PR yang dicop sebagai sweet talker semata tetapi berjanji kosong pula. Perlulah seimbang supaya semua pihak gembira dan berpuas hati.

Susu Manis juga banyak menghadapi situasi dimana pihak media membuat permintaan yang mungkin kita tidak dapat berikan atas sebab-sebab tertentu. Respon yang diberi kepada mereka adalah secara berpolitikal and try not to say no but it’s actually a no. Get it?

Sebab itulah Susu Manis mengatakan PR ini adalah bidang seni. Seperti juga dalam penulisan lagu atau puisi, penulis meluahkan kata-kata yang amat puitis sekali dan kita akan berkhayal dalam lenggokan ayat-ayat tersebut. Begitu juga dengan bidang PR.

Banyak yang perlu kita pelajari sebenarnya apabila memilih PR sebagai bidang kerjaya. Mungkin ianya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadi seorang pegawai PR yang professional dan sejati. Tetapi, tanpa pengalaman kita tidak akan kemana bukan?

Susu Manis
April 2015