BACK TO JOURNAL

KEYBOARD WARRIOR
Siapa betul?

26.11.14 / Posted by skunkworks-communications

Keyboard warrior. Nama yang cukup gah didengari tetapi mungkin hanya gah di alam maya, tidak di realiti. Peredaran teknologi yang semakin jauh kehadapan, tentu sekali membolehkan sesiapa sahaja menjadi seorang keyboard warrior- si tukang komen di internet.

Laman-laman sosial utama seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagaikan medan untuk keyboard warrior meluahkan kata-kata yang berbaur negatif sambil mendabik dada dan berkata “aku betul, kau salah” terhadap pengguna internet yang lain.

Tidak kurang juga apabila ramai keyboard warrior yang muncul secara tiba-tiba dan mengaku dirinya pakar dalam segala hal. Sebagai contoh, sewaktu dunia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370, mulalah si keyboard warrior memberi komen menyalahkan ‘si polan dan si polan’, merekacipta teori sendiri seperti mereka pernah mengendali kapal terbang sebelum ini, seperti mereka mengenali rapat setiap penumpang dan anak kapal terlibat. Komen yang diberi pula, ikut sesuka hati diri sendiri tanpa mengambil kira perasaan orang lain yang terkesan dengan kejadian ini.

Program ‘I Want To Touch A Dog’ yang diadakan baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari ramai pihak. Sewaktu isu ini hangat diperkatakan, muncullah Ustaz dan Ustazah segera di kalangan keyboard warriors – ada yang menentang dan ada yang setuju program ini dianjurkan. Mereka memberi pandangan seolah-olah mereka telah mendalami Al-Quran dan agama Islam secara terperinci tanpa mempedulikan sensitiviti keagamaan dan kepercayaan seseorang individu.

Ag

Disag

Persoalannya disini, apa yang keyboard warriors ini mahukan? Duit? Tidak mungkin sama sekali setiap komen yang dihantar dapat menghasilkan duit.

Kepuasan diri?

Attention seeker?

Jika benar kepuasan diri yang dicari dan suka melihat orang lain musnah dek gara-gara komen yang lantang, manusia sudah ketinggalan jauh di belakang. Teknologi kini semakin hebat kehadapan, manusia pula bodoh tanpa adab dan nilai-nilai murni didalam diri.

Adakah kita perlu hidup sebegini selama-lamanya? Wahai keyboard warriors, berhentilah menyalahgunakan inovasi teknologi yang dicipta untuk kita. Laman sosial yang ada sepatutnya digunakan secara positif sebagai medium komunikasi untuk kita berhubung secara global. Memang benar kita mempunyai hak untuk bersuara tetapi berpada-padalah. Lebih elok jika dapat kaji selidik terlebih dahulu sebelum memberikan pandangan dan komen lebih-lebih lagi di internet.

Topik keyboard warriors ini turut menarik perhatian beberapa media kebelakangan ini seperti Harian Metro dan Malaysian Digest.

Susu
November 2014